Friday, July 17, 2015

Isi Masa Terluang Dengan 'side income'

Assalamu'alaikum dan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI, siap jugak first entry aku. Hari ni aku nak kongsi sedikit tentang 'side income' yang kita boleh buat melalui internet. Almaklumlah benda baik kene kongsi tak baik makan sorang-sorang. Aku bukan nak kongsi skim cepat kaya atau MLM yang entah apa-apa, tapi hari ni aku nak kongsi tentang 'Online Survey'. Sambil-sambil buka internet layan FB, jawab la survey kejap duit pun masyuk sikit-sikit. Berdasarkan pengalaman aku biasanya bila kita jawab survey kita akan diberi mata(point) yang kemudiannya boleh ditebus sebagai DUIT atau BAUCAR. Aku boleh jamin berapa kerat je yang tahu, kalau tak aku kerat kuku-kuku aku setiap Isnin dan Jumaat. Hehe...

Dalam sehari paling kurang pun 2 jam kau mengadap internet kan? Jadi aku mintak korang cuba la luangkan masa paling kurang setengah jam untuk jawab 'Online Survey' . Setengah jam jer bro.. Kalau korang dapat 'survey' yang BETUL dan jawapan yang korang bagi tu TELUS dan IKHLAS paling minimum pun kita akan dapat RM1.80 dan maksimum boleh mencecah RM10. 

Dari awal tahun 2015 sampai sekarang secara kasarnya aku dah kumpul RM38 , RM50 , USD21.11 , dan USD0.58. Hah kira la sendiri berapa jumlah dia. Uish apehal dengan USD21.11... kalau duit malaysia ada lebih kurang 70ringgit tu. Biar betul admin ni.
Yang USD tu nanti aku bukak entry lain sebab masih tengah ujikaji, aku perlukan masa 4 bulan lagi baru boleh aku kongsi. Aku nak kongsikan dulu RM32 yang aku dah berjaya tebus dan ada sebab mengapa aku tulis 32,50,21.11, dan 0.58. Empat pecahan ni menunjukkan aku punya jumlah yang terkumpul di 4 laman web survey. Ada yang boleh ditebus dengan duit dan ada yang boleh ditebus dengan baucar.

Yang RM38 ni adalah daripada iPanel >>klik untuk register << aku dah tebus RM10 dan di bayar terus ke akaun Paypal aku. Yang RM28 lagi tu aku nak tunggu sampai RM50 baru aku tebus sebab paypal caj USD0.42 untuk setiap servis. Jadi rugi la kalau tebus sikit-sikit. Tapi apa tu iPanel? iPanel adalah salah satu laman web survey. Dia bagi survey, kita jawab, kita jawab dapat point, dapat point boleh tebus dengan wang.

Eh dalam panjang lebar aku cakap ni sape yang bayar duit tu? Yang bayar duit adalah syarikat yang ingin melakukan kajian dan mereka mengupah syarikat survey macam iPanel. Jadi iPanel bertanggungjawab membayar kita mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarikat yang mengupah tadi.

Jadi jom la join bukan kene bayar pun nak register, paling kurang pon dapat la 50 atau 60 ringgit setahun. Kalau korang rajin 100 ringgit pun boleh dapat.  Itu baru satu laman web survey. Dividen yang bank bagi yang korang simpan sebanyak 2000 ringgit pon tak sampai 60 ringgit setahun.

Jom join klik untuk register
p/s: Oleh kerana kemasukan untuk iPanel ni amat terhad, kalau tak dapat register harini cuba esok dan seterusnya. Yang penting sabar. Hehe..

Nah belanja gambar sikit..
Ni bukti iPanel bayar kat aku selepas buat penebusan(RM10)

Yang ni baki dalam Paypal selepas tolak caj